KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.

Menurut status yang dimuat naik di laman Facebook Menara Berkembar Petronas, tawaran itu terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket.

Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilh dengan konsep first come first served.

Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.

Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.

-- BERNAMA